Gambar BlackBerry Rio Tertiris – Membawakan Elemen Rekaan Seumpama BlackBerry Z3

Gambar BlackBerry Rio Tertiris – Membawakan Elemen Rekaan Seumpama BlackBerry Z3

Diterbitkan pada Dis 25, 2014 oleh .

Dengan pengenalan beberapa peranti dengan sokongan papan kekunci, pihak BlackBerry masih tidak melupakan para peminat peranti skrin sentuh. Terkini, mereka dilihat sedang menyiapkan sebuah peranti baru yang mana hadir dengan sokongan skrin sentuh, dikenali sebagai “BlackBerry Rio”.

BlackBerry Rio

Secara kasarnya, BlackBerry Rio ini dilihat membawakan elemen rekaan lebih kurang menyerupai BlackBerry Z3. Mengikut spesifikasi yang tertiris, peranti ini dikatakan akan membawakan skrin bersaiz 5-inci, cip Snapdragon S4, memori 2GB RAM, kamera belakang 8-megapixel, dan kamera hadapan 2-megapixel. Ia turut dikatakan akan dilengkapi dengan sokongan rangkaian 4G LTE – seperti beberapa peranti BlackBerry yang lain.

BlackBerry dijangka akan melancarkan BlackBerry Rio ini secara rasminya pada bulan Februari 2015 kelak.


TIPS & ULASAN