Selamat Hari Natal kepada pembaca Amanz yang beragama Kristian. Setiap kali perayaan ini disambut pokok Krismas wajib diletakkan di ruang tamu rumah dan dihiasi dengan secantik mungkin. Kerana kita kini hidup di dalam dunia digital dan serba pintar, di Jepun mereka sudah menghasilkan sebuah pokok Krismas digital dan pintar. Sebuah pokok Krismas digital dihasilkan dengan menggunakan ribuan lampu LED di Canal City Mall Fukuoka. Pokok ini boleh “bergerak” dengan beberapa animasi yang telah diprogramkan. Yang membuatkan ia lebih menarik ialah pengunjung pusat membeli belah ini boleh memuat turun aplikasi khas yang membenarkan mereka berinteraksi dengan pokok Krismas ini. Pengunjung boleh memilih hiasan yang ingin mereka letakkan menggunakan aplikasi ini sebelum ”
“melontarnya” ke arah pokok. Hiasan yang dipilih akan muncul pada pokok lengkap dengan animasi tersendiri. Ini sememangnya pokok Krismas yang paling berteknologi terkini pernah kami lihat.