(Infografik) Sains Disebalik Lebih Banyak Like Dan Komen Pada Instagram

(Infografik) Sains Disebalik Lebih Banyak Like Dan Komen Pada Instagram

Diterbitkan pada Dis 25, 2014 oleh .

Instagram kini merupakan salah satu perkhidmatan yang popular, mempunyai angka pengguna aktif yang lebih ramai berbanding Twitter. Dengan lebih ramai pengguna, salah satu perkara yang sering ditanya adalah berkenaan bagaimana seseorang boleh mendapatkan lebih Like dan komen pada gambar mereka.

Berkongsi mengenai kajian yang dilakukan pada hampir 1.49 juta gambar dan lebih daripada 500,000 pengguna, DanZarella hadir dengan sebuah infografik ringkas yang amat menarik.

Melalui apa yang dikongsikan, ia dilihat beberapa perkara mempengaruhi akan angka Like dan komen pada laman sosial berkenaan, termasuk antara yang menyumbangnya adalah penggunaan lebih banyak tag, gambar tanpa kesan penuras, gambar wajah, gambar yang lebih terang, dan juga gambar yang dengan kapsyen meminta pengguna untuk komen atau Like.

Instagram Sains Infografik


TIPS & ULASAN