LagiSatu – Enjin Carian Hotel, Memudahkan Anda Membandingkan Harga Hotel

LagiSatu – Enjin Carian Hotel, Memudahkan Anda Membandingkan Harga Hotel

Diterbitkan pada Dis 26, 2014 oleh .

Pada hari ini, terdapat sejumlah laman web yang menawarkan perkhidmatan carian hotel dan memaparkan penawaran yang dibawakan oleh sejumlah hotel. Dengan konsep sama, salah satu perkhidmatan yang hadir daripada syarikat tempatan adalah LagiSatu.

LagiSatu ditawarkan dalam bentuk web, selain turut hadir dalam aplikasi Android dan iOS. Menggunakannya, pengguna hanya perlu memasukkan lokasi yang dituju, tarikh lawatan, jumlah bilik dan jumlah tetamu. Ia seterusnya akan melakukan carian, dan memaparkan sejumlah hotel yang terdapat dalam penawaran carian mereka.

LagiSatu

Pengguna turut boleh memperkecilkan skop carian mereka dengan memilih harga anggaran yang ingin dibelanjakan, selain beberapa perkara lain yang turut dikehendaki seperti akses internet, parkir, restoran berdekatan dan sebagainya.

LagiSatu turut mengintegrasikan sokongan MuslimStars, yang mana melaluinya ia memberikan anggaran skor antara 0-100, dimana 0 adalah kurang mesra untuk pengguna beragama Islam, sementara 100 adalah sangat mesra pengguna beragama Islam. Perkara ini diambil kira dengan merujuk kepada kemudahan yang disediakan kepada pengguna beragama Islam yang berkunjung ke hotel berkenaan.

LagiSatu

Bagi anda yang bercadang untuk bercuti pada musim penghujung tahun ini, dan ingin mencari harga hotel yang berpatutan, anda mungkin boleh merujuk ke laman LagiSatu, dan membandingkan ia dengan pelbagai penawaran lain yang disediakan.

Layari : LagiSatu

Muat-Turun LagiSatu untuk Android

Muat-Turun LagiSatu untuk iPhone


TIPS & ULASAN