Ericsson Berkongsi 10 Ramalan Trend Pengguna Yang Akan Mula Popular Pada 2015

Ericsson Berkongsi 10 Ramalan Trend Pengguna Yang Akan Mula Popular Pada 2015

Diterbitkan pada Dis 26, 2014 oleh .

Setiap tahun, pihak Ericsson akan mengeluarkan ramalan trend-trend yang akan menjadi popular dikalangan pengguna umum pada sesuatu tahun. Terkini, mereka turut sama telah mengeluarkan ramalan trend mereka untuk para pengguna pada tahun 2015 kelak.

Trend 2015

Melalui ramalan Ericsson untuk trend utama tahun 2015 dikalangan pengguna adalah dimana penstriman video akan menjadi lebih popular dan diakses dengan lebih meluas pengguna seluruh dunia selain daripada akses kepada siaran televisyen.

Selain itu, pengguna juga turut dijangka akan lebih berminat dengan penggunaan sensor untuk rumah pintar bagi mengetahui beberapa perkara, termasuk seperti keadaan elektrik, siapa yang ke rumah dan sebagainya.

Beberapa perkara lain yang turut diramalkan oleh Ericsson untuk tahun 2015 adalah termasuk:

  • Cara komunikasi baru, termasuk menggunakan peranti boleh-pakai untuk memudahkan pengguna berkomunikasi dengan rakan dan ahli keluarga.
  • Permulaan bandar pintar, dimana pelbagai data dikongsikan dalam bentuk masa-nyata. Pada hari ini, perkongsian data trafik jalan raya sedia dilakukan, dan ia turut dijangka akan diperluaskan ke beberapa perkara lain di sesuatu bandar.
  • Ekonomi perkongsian dijangka akan terus meluas. Pada hari ini sendiri kita telah sedia melihat pengguna berkongsi ruangan yang tidak digunakan melalui perkhidmatan seperti AirBNB dan sebagainya, sekaligus membolehkan mereka menjana wang pendapatan tambahan.
  • Permulaan penggunaan dompet digital dengan lebih meluas. Ericsson mengatakan lebih kurang 80% penguna akan menggunakan telefon pintar sebagai ganti kepada dompet menjelang tahun 2020.
  • Lebih perhatian kepada privasi, dimana lebih ramai yang mula berhati-hati dengan data dan informasi yang dikongsikan.
  • Gaya hidup sihat dijangka akan lebih meluas. Pelbagai aplikasi telah mula menawarkan pengguna dengan kebolehan mengira langkah dan sebagainya, dan perkara ini turut dijangka akan meluas dengan pengenalan lebih banyak peranti boleh-pakai.
  • Ericsson turut meramalkan yang mana menjelang tahun 2020 kelak, ramai pengguna akan mempunyai robot domestik dalam membantu tugasan harian.
  • Lebih banyak kanak-kanak akan mula mengakses internet, dan mereka akan menjangkakan kesemua peranti berhubung ke arena internet apabila mereka membesar kelak.

Baca : Laporan penuh trend 2015 daripada Ericsson (PDF)


TIPS & ULASAN