Cari @ Amanz

Facebook baru-baru ini telah mula hadir dengan rekaan baru untuk halaman Videos di Facebook Page. Dengan fokus terhadap video, kini gergasi laman sosial tersebut juga turut menguji paparan iklan pada video yang dimuat-naik pengguna.

Facebook Iklan Video

Berbeza dengan YouTube yang memaparkan iklan pada permulaan video, pihak Facebook pula menguji paparan video selepas sesuatu video itu habis ditayangkan.

Ia dilihat, Facebook menyasarkan video-video berbentuk viral dan popular, dimana pengguna mungkin memainkannya lebih daripada sekali. Ini kerana pengguna hanya boleh menekan butang replay selepas suatu video itu tamat dimainkan – termasuk iklan. Ini juga mungkin membuatkan pengguna tidak melangkah paparan iklan seperti mana yang dibolehkan pada halaman YouTube.

Buat masa ini, Facebook masih menguji ia dalam skali yang amat kecil, dan tidak mustahil untuk mereka memperluaskan penggunaannya pada tahun hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd