Cari @ Amanz

Meizu telah sedia memasuki pasaran Malaysia sebelum ini dan menawarkan Meizu MX4 untuk pasaran tempatan. Ketika pengenanaln tempoh hari, mereka hanya menawarkan Meizu MX4 dengan storan sebesar 16GB sahaja, dan hari ini mereka secara rasminya mengumumkan akan menawarkan versi 32GB bermula 30 Disember kelak.

Meizu MX4

Meizu MX4 menggunakan skrin bersaiz 5.36-inci daripada Sharp, cip pemprosesan lapan teras daripada MediaTek MTK6595, kamera 20.7-megapixel daripada Sony, dan dilengkapi bateri 3100mAh. Meizu MX4 tidak menyertakan sebarang ruangan kad-SD dan mungkin penawaran saiz storan lebih besar ini akan menarik bagi mereka yang mempunyai pelbagai fail media terutamanya lagu dan video. Meizu MX4 versi 32GB ini akan ditawarkan dalam warna kelabu dan emas untuk pasaran Malaysia.

Meizu MX4 ini akan ditawarkan secara online melalui Lazada. Pihak Meizu turut menyasarkan untuk membawa masuk Meizu MX4 Pro ke Malaysia tidak lama lagi, selain turut membuka sehingga 6 pusat khidmat di Malaysia tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd