Senarai 10 Siri TV Paling Banyak Dimuat Turun Secara Haram 2014

Senarai 10 Siri TV Paling Banyak Dimuat Turun Secara Haram 2014

Diterbitkan pada Dis 26, 2014 oleh .

Penggunaan BitTorrent untuk memuat turun siri TV kini perkara biasa kerana siri TV terkini lambat disiarkan di Malaysia. Kelewatan ini membuatkan plot episod terkini terlepas di internet mengakibatkan berlakunya spoilers. Siri TV yang ditayangkan di Malaysia juga ditapis mengakibatkan kenikmatan menonton dicantas. Tiada sebab menonton The Walking Dead dan Game of Thrones jika babak-babak ganasnya ditapis dengan teruk. Tidak mengejutkan banyak peminat siri TV tempatan lebih gemar memuat turun edisi cetak rompak rancangan TV kegemaran mereka. TorrentFreak hari ini mengeluarkan senarai 10 siri TV yang paling banyak dicetak rompak sepanjang 2014. Game of Thrones menerajui carta dengan lebih dari 8 Juta muat turun. Ini diikuti oleh The Walking Dead dan Big Bang Theory.  Episod terakhir musim ke empat Game of Thrones juga memegang rekod episod paling banyak dikongsi serentak. Sebanyak 254 114 pengguna BitTorent dikesan berkongsi episod ini serentak pertengahan tahun ini. Cetak rompak siri TV dilihat akan semakin berkembang pada tahun 2015 kerana akses kepada internet berkelajuan tinggi yang semakin bertambah. Kami sedari di ASTRO mereka kini cuba menayangkan episod terkini dalam masa 24 jam setelah ianya ditayangkan di Amerika Syarikat. Ini sedikit sebanyak mengurangkan masalah muat turun secara haram.

Capture


TIPS & ULASAN