Cari @ Amanz

HTC pada tahun 2014 ini telah memperkenalkan telefon pintar flagship mereka dinamakan HTC One M8, dan untuk tahun hadapan, ramai menantikan HTC One M9. Beberapa info awal berkenaan dengannya kini tertiris ke arena web, yang mana turut dikenali dengan nama kod “Hima”.

HTC One M9 Hima ini dijangka akan diperkenalkan pada suku tahun pertama 2015 – lebih kurang selang setahun selepas One M8 diperkenalkan. Telefon pintar baru ini dikatakan akan menyertakan cip pemprosesan Snapdragon 810, skrin bersaiz 5-inci dengan paparan 1080p, dan memori sebanyak 3GB RAM.

Telefon pintar ini turut dikatakan akan menggunakan kamera 20.7-megapixel pada bahagian belakang, dan kamera hadapan (berkemungkinan sehingga 13-megapixel). Peranti baru ini dijangka hadir dengan Android 5.0 dan juga HTC Sense 7.

Buat masa ini, ia boleh dikategorikan sebagai desas-desus awal tanpa sebarang komen rasmi pihak HTC. Ia tidak diketahui lagi bagaimana pihak HTC akan menggunakan teknologi Ultrapixel pada peranti baru ini.

Disamping itu, ia sesuatu yang baik untuk melihat pihak HTC tidak menggunakan panel 2K yang akan memberikan kesan terhadap penggunaan bateri. Peranti Hima ini dikatakan akan menggunakan bateri berkapasiti 2840mAh – yang mana akan menawarkan masa bertahan yang agak baik hasil penggunaan Android 5.0.

Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah yang bakal diumumkan oleh HTC kelak menjelang bulan Mac 2015 ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd