Huawei Berjaya Meningkatkan Jualan Peranti Honor Dari 1 Juta Ke 20 Juta Dengan Penjualan Melalui Dalam-Talian

Huawei Berjaya Meningkatkan Jualan Peranti Honor Dari 1 Juta Ke 20 Juta Dengan Penjualan Melalui Dalam-Talian

Diterbitkan pada Dis 27, 2014 oleh .

Huawei pada tahun ini telah memulakan penjualan telefon pintar dibawah jenama Honor melalui subsidiari berasingan, dan diuruskan secara terus melalui jualan dalam-talian. Perkara ini membolehkan Huawei menawarkan peranti Honor pada harga yang lebih rendah kerana tidak perlu melalui saluran pengedar dan penjual seperti kebiasaan.

Honor 6

Melalui strategi jualan dalam-talian seumpama Xiaomi, Honor mengatakan mereka telah mengurangkan kos pengedaran, yang mana kebiasaan menjadi 30% daripada kos sesuatu telefon pintar.

Huawei pada tahun lepas telah menguruskan jenama Honor sebagai subsidiari berasingan, termasuk di Malaysia dimana mereka hanya menjualnya melalui VMall sahaja. Melaluinya, jualan telefon pintar Honor telah meningkat kepada 20 juta daripada hanya satu juta setahun sebelumnya.

Honor dikatakan tidak menjana wang lagi buat masa ini, tetapi pada masa yang sama tidak mengalami kerugian. Mereka bercadang untuk memasarkan dengan lebih meluas, dan meningkatkan imej mereka terlebih dahulu, dan seterusnya memasarkan peranti berspesifikasi tinggi untuk menjana pendapatan tambahan.

Jualan secara dalam-talian juga semakin meningkat trend dikalangan pengeluar peranti, dimana Lenovo turut dikatakan akan mula menawarkan peranti mereka secara dalam-talian, selain Asus yang telah mula menjual peranti mereka melalui Asus Store. HTC turut dijangka akan mengikuti cara sama di beberapa buah negara pada tahun hadapan.


TIPS & ULASAN