Aplikasi Xiaomi Mi Band Yang Diubah Suai Membolehkan Pengguna Menerima Notifikasi Untuk Aplikasi

Aplikasi Xiaomi Mi Band Yang Diubah Suai Membolehkan Pengguna Menerima Notifikasi Untuk Aplikasi

Diterbitkan pada Dis 27, 2014 oleh .

Xiaomi Mi Band pada harga yang amat rendah merupakan salah satu peranti yang diminati ramai untuk mendapatkannya. Pada masa yang sama, Mi Band juga turut menerima sokongan pembangun bebas, dimana ia turut mempunyai sebuah aplikasi khusus untuk membolehkan pengguna menerima notifikasi daripada aplikasi yang dikehendaki mereka.

Xiaomi Mi Band

Melalui aplikasi yang diubah-suai ini, ia menambah sebuah fungsi khusus untuk membolehkan pengguna menerima notifikasi daripada aplikasi yang dipilih mereka di telefon pintar, dan menghantar ia ke Mi Band.

Pengguna juga turut boleh memilih warna notifikasi LED di Mi Band, dan memilih warna-warna berbeza untuk sesuatu aplikasi.

Bagi pengguna yang mempunyai Mi Band, anda mungkin boleh memuat-turun fail APK yang diubah-suai ini, dan mencuba ia sendiri dalam menerima notifikasi terus ke pergelangan tangan anda.

Muat-Turun APK Mi Band Yang Diubah-Suai


TIPS & ULASAN