CCleaner Kini Menyertakan Fungsi Disk Analyzer – Membolehkan Anda Mengetahui Jenis Fail Yang Memenuhi Storan Anda

CCleaner Kini Menyertakan Fungsi Disk Analyzer – Membolehkan Anda Mengetahui Jenis Fail Yang Memenuhi Storan Anda

Diterbitkan pada Dis 27, 2014 oleh .

CCleaner 5.0 telah sedia membawakan kemaskini dari segi paparan antaramukanya, dan kini melalui kemaskini kecil yang diperkenalkan, CCleaner 5.01 turut menyertakan sebuah fungsi baru dinamakan sebagai Disk Analyzer.

CCleaner Disk Analyzer

Menggunakan fungsi Disk Analyzer ini, ia membolehkan pengguna mengetahui jenis fail yang paling banyak memenuhi ruangan pada storan anda, sekaligus memudahkan anda mengenal-pasti apa yang perlu dibersihkan.

Disamping itu, kemaskini baru ini turut membawakan pengoptimasian pada penggunaan memori dan CPU, selain turut menyertakan sokongan yang lebih baik untuk Firefox dan Opera.

Muat-Turun CCleaner 5.01 Untuk Desktop


TIPS & ULASAN