Cari @ Amanz

Bagi para pengguna Oppo Find 5, pihak Oppo kini telah mula menawarkan kemaskini Color OS 2.0 berasaskan kepada Android 4.4 KitKat. Namun, ia measih lagi dalam bentuk pembangunan awal dan dilabelkan sebagai Alpha oleh pihak Oppo. Dengan label Alpha, ia turut mempunyai beberapa masalah yang sedia dikenal-pasti termasuk tidak boleh menggunakan NFC, tiada ColorOS Camera, dan tiada gesture untuk ketika skrin tertutup.

Find 5 ColorOS 2.0

Oppo juga turut mengatakan yang mana ColorOS 2.0 ini dibangunkan oleh pembangun luar untuk Find 5, dan dibangunkan berasaskan kepada OmniROM yang sedia popular dikalangan pengemar Android. Ia tidak lagi diketahui bilakah versi stabil akan hadir, dan sama ada aplikasi ColorOS Camera yang menjadi kegemaran ramai pengguna Oppo akan diintegrasikan ataupun sebaliknya.

Oppo Find 5 sebelum ini telah diperkenalkan pada tahun 2012 yang lepas, dan mula dijual di Malaysia bermula Mac 2013. Ia merupakan peranti flagship pihak Oppo pada tahun lepas, dan turut mempunyai sokongan daripada CyanogenMod dalam bentuk pembangunan.

Bagi anda yang ingin mencubanya, boleh mengikuti langkah-langkah yang disediakan oleh Oppo pada forum bantuan mereka, dan mencuba ColorOS 2.0 ini. Tetapi hendaklah diambil perhatian yang mana terdapat sejumlah fungsi yang masih belum berfungsi dengan lancar buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd