Cari @ Amanz

Bagi kebanyakkan peminat permainan simulasi, mungkin anda sedia mengenali akan permainan popular SimCity. Melaluinya, ia membolehkan anda membina bandar yang diidamkan anda, dan pada masa yang sama menguruskan serta mendengar keluhan penduduknya.

Kini, permainan tersebut turut sama telah diterbitkan untuk para pengguna peranti iPhone dan juga Android, membolehkan anda membina bandar kegemaran anda itu terus pada peranti mudah-alih anda. Anda seperti biasa akan mula dengan membina kawasan perumahan, kilang kecil dan beberapa infrastruktur lain sebelum terus memperluaskan bandar anda apabila telah mencapai suatu tahap yang ditetapkan.

SimCity BuildIT

SimCity BuildIT

SimCity BuildIT

SimCity BuildIt ini turut dilengkapi ciri-ciri sosial, membolehkan anda untuk melihat bandar rakan-rakan anda yang lain dengan mudah.

Selain itu, permainan ini turut dilengkapi dengan sokongan pembelian dalam-aplikasi, jadi mungkin anda ingin berhati-hati ketika membenarkan anak atau adik kecil anda memainkan permainan ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd