Telefon Lutsinar Firefox OS Diperlihatkan Di Jepun
LG

Telefon Lutsinar Firefox OS Diperlihatkan Di Jepun

Diterbitkan pada Dis 28, 2014 oleh .

tokujin-yoshioka-au-firefox

Sistem operasi Android dan IOS kini menguasai 96% pasaran telefon pintar dunia. Sistem operasi ketiga terbesar ialah WIndows Phone dengan hanya 3.3%. Nyata sekali mana-mana syarikat yang memperkenalkan sistem operasi telefon pintar baru akan menghadapi masalah untuk menapak apatah lagi melawan kuasa besar Google dan Apple. Antara sistem operasi yang kian dilupakan ialah Firefox OS yang sudah wujud sejak 2012. Sepanjang kerjaya menulis di Amanz kami hanya pernah melihat satu sahaja telefon Firefox OS secara berdepan iaitu ketika di GSMA di Shanghai dua tahun yang lalu. Sungguhpun dilupakan ia tidak menghalang syarikat telekomunikasi KDDI Jepun untuk memperlihatkan telefon Firefox OS mereka kepada umum. Peranti ini mempunyai rekaan unik di mana keseluruhan tubuhnya adalah lutsinar. Ini melambangkan keterbukaan sistem operasi ini berbanding sistem operasi yang ada di pasaran. Peranti buatan LG ini diperkasakan pemproses 1.2GHz empat teras Snapdragon, skrin 4.7” IPS (720P), RAM 1.5 Gigabyte dan muatan 16 Gigabyte dengan sokongan kad MikroSD. Kemampuan optik pula ialah 8 Megapixel pada bahagian belakang dan 2.1 Megapixel di bahagian hadapan. Ia juga mempunyai bateri sebesar 2370 mAh. Hanya sebilangan kecil peranti berharga  Yen 49680 (RM 1440) ini akan dijual.

tokujin-yoshioka-au-firefox-3


TIPS & ULASAN