Cari @ Amanz

Oppo selain mula menawarkan kemaskini ColorOS 2.0 untuk Find 5 dalam bentuk Alpha, mereka juga turut sama telah mengumumkan yang mana mereka akan menawarkan kemaskini kecil untuk pengguna Find 7 dan juga Find 7A, sekaligus akan membawakan beberapa sokongan seperti pada Oppo N3 ke dua telefon pintar popular Oppo pada 2014 ini.

Dilabelkan sebagai ColorOS 2.0.4i Beta, ia masih lagi pada peringkat ujian tertutup oleh pihak Oppo, dan dijangka akan ditawarkan kepada para pengguna tidak lama lagi.

Melalui kemaskini ini, ia membawakan beberapa perubahan, termasuk salah satunya adalah penggunaan PureImage 2.0. Ia sekaligus akan membolehkan pengguna merakamkan gambar dalam bentuk RAW atau memilih beberapa fungsi lain yang turut ditawarkan melaluinya.

Oppo Find 7 Update

Oppo juga dilihat mengemaskini bentuk paparan bahagian multi-tasking, dimana secara kasar ia dilihat membawakan rekaan lebih kurang seperti Windows Phone.

Beberapa perkara lain yang turut disertakan adalah pilihan gambar latar baru, dan juga Free-halt 2.0 yang membolehkan peranti dioperasikan menggunakan sebelah tangan.

Tiada sebarang tarikh yang diberikan oleh pihak Oppo berkaitan kemaskini ini, dan mungkin mereka akan menawarkannya dalam bentuk beta tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd