NthViewer : Teknologi Penstriman Video 360 Darjah Kini Realiti

NthViewer : Teknologi Penstriman Video 360 Darjah Kini Realiti

Diterbitkan pada Dis 28, 2014 oleh .

Apabila teknologi DVD diperkenalkan pada tahun 1997 pelbagai gimik diperkenalkan bagi menunjukkan kelebihannya berbanding pita VHS. Selain resolusi yang lebih tinggi terdapat juga fungsi multi-angle yang membolehkan penonton memilih untuk menonton dari sudut berbeza. Sebagai contoh anda membeli DVD konsert Britney Spears dan kemudian memilih untuk menonton konsert sepenuhnya dari barisan hadapan. Ini memberikan anda ilusi benar-benar berada di dalam konsert Britney. Teknologi ini tidak berapa digunakan kerana memerlukan sesebuah konsert dirakam dari kamera berbeza dan kesemuanya dimasukkan ke dalam cakera DVD yang sama. Penggunaan multi-angle ini lebih mendapat sambutan dari pengeluar filem “dewasa”.

20140625034151_android-nthviewer03-en

Kini ada sebuah lagi teknologi menarik yang memperkembangkan lagi teknologi multi-angle. Ianya dipanggil Nthviewer dan boleh digunakan untuk video di atas talian. Melalui teknologi ini penonton boleh menstrim video dan menukar arah tontonan sebanyak 360 darjah. Video akan bergerak dengan lancar dari satu sudut ke satu sudut yang lain tanpa sela masa. Teknologi ini dibangunkan oleh Arc Interactive yang berpangkalan di Korea Selatan. Buat masa ini demo aplikasi pada peranti IOS dan Android boleh dimuat turun.  Teknologi ini masih lagi baru tetapi kami boleh melihat pengguna di masa hadapan di mana kita boleh menonton perlawanan bola sepak dari pelbagai arah dengan “menukar tempat duduk” dengan mudah seperti demo video di bawah. Harapan kami teknologi ini akan digunakan untuk penstriman video yang lebih kreatif dan tidak mendapat nasib seperti teknologi multi-angle yang hanya digunakan untuk video-video berdosa sahaja.

Muat turun NthViewer dari Google Play

Muat turun NthViewer dari Apple App Store


TIPS & ULASAN