Kementerian Komunikasi dan Multimedia Menyarankan Menambah Powerbank Dalam Bantuan Mangsa Banjir

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Menyarankan Menambah Powerbank Dalam Bantuan Mangsa Banjir

Diterbitkan pada Dis 29, 2014 oleh .

Semua mungkin sedia maklum akan yang mana kini Menteri Komunikasi dan Multimedia terlibat dalam misi bantuan banjir dan berada di Kemaman dalam membantu rakyat di sana. Terkini, bercakap mengenai prosedur operasi standard (SOP) ketika banjir, beliau menyarankan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mungkin boleh menambah powerbank dalam bantuan bekalan kepada mangsa banjir pada masa akan datang.

Dengan menawarkan powerbank, ia akan membantu para pengguna untuk mengecas bateri telefon bimbit ketika terputusnya bekalan elektrik, dan pada masa yang sama membolehkan pengguna kekal berhubung dengan ahli keluarga mereka.

Mungkin ia tidak akan diedarkan kepada keseluruhan penduduk yang terkesan, tetapi terhad kepada beberapa unit di sesuatu kawasan. Pada masa yang sama juga, mungkin pihak kerajaan turut boleh melihat kepada beberapa alternatif lain seperti menawarkan telefon bimbit yang bertahan lama – terutamanya telefon seperti feature-phone seperti Nokia 130 yang menawarkan masa bertahan bateri hampir sebulan.

Disamping itu, pada masa yang sama beliau turut menyarankan menambah beg tidur kepada mangsa banjir – dimana sesuatu lori boleh memuatkan sehingga hampir 1000 beg tidur dalam setiap penghantaran, dan lebih praktikal selain turut boleh menjadi tikar dan selimut.


TIPS & ULASAN