Cari @ Amanz

Bagi kebanyakkan pengguna komputer Windows, mengemaskini perisian yang terpasang merupakan salah satu perkara yang agak sukar – terutamanya jika perisian tersebut tidak mempunyai sokongan kemaskini automatik. Terdapat beberapa perisian pihak ketiga yang memudahkan proses mengemaskini tersebut, dan salah satu daripadanya adalah PatchMyPC.

PatchMyPC menawarkan sehingga 100 perisian buat masa ini, dimana anda boleh memasangnya, ataupun mengemaskini ia dengan mudah menggunakan perisian tersebut.

PatchMyPC

Bagi pengguna Windows, sebaik sahaja anda menjalankan perisian ini, ia akan mengimbas komputer anda untuk program dan perisian yang dipasang, dan seterusnya memberikan anda dengan info berkaitan perisian yang boleh dikemaskini. Jika anda ingin mengemaskininya, anda hanya perlu pilih perisian yang dikehendaki, dan memasangnya.

Pembangunnya mengatakan mereka akan hadir dengan paparan antaramuka yang lebih baik melalui versi terbaru tidak lama lagi untuk perisian PatchMyPC ini.

Bagi anda yang menggunakan komputer Windows, mungkin boleh memuat-turun PatchMyPC ini, dan memastikan komputer anda sentiasa mempunyai perisian versi terkini dipasang bagi mengelakkan sebarang masalah sekuriti dan prestasi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd