Cari @ Amanz

TwitterJangan panik jika anda tidak boleh log masuk ke dalam akaun Twitter anda melalui aplikasi rasmi Twitter. Pagi ini ribuan pengguna aplikasi ini melaporkan mereka tidak boleh menggunakan aplikasi ini kerana tidak boleh log masuk. Setakat ini masalah hanya dilaporkan berlaku kepada pengguna aplikasi Android. Selain pada aplikasi Android, pengguna juga gagal memasuki perkhidmatan Mobile Web yang dialamatkan di mobile.twitter.com.

Pengguna Twitter pada laman web dan Tweetdeck tidak mengalami masalah  yang sama cuma kami sedari pada Tweedek timestamp pada kicauan adalah tidak tepat dan setahun ke belakang. Jika anda mahu menggunakan Twitter, aplikasi lain seperti Twicca,Talon,Hootsuite dan Fenix tidak mempunyai masalah untuk dilog masuk. Kami masih mengikuti perkembangan terkini masalah ini.

Twitter masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan dengannya. Daripada tinjauan kasar, ia dilihat pelayan Twitter menganggap kita berada di tahun 2015, sekaligus memberikan kesan sukar untuk log masuk ini kepada para pengguna seluruh dunia.

  • Info
  • Kemaskini : Kini beroperasi seperti biasa. Masalah telah diatasi.

Status Twitter

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd