(Ura-Ura) Xiaomi Bakal Memperkenalkan Komputer Riba Tersendiri Berasaskan Intel Core i7

(Ura-Ura) Xiaomi Bakal Memperkenalkan Komputer Riba Tersendiri Berasaskan Intel Core i7

Diterbitkan pada Dis 29, 2014 oleh .

Xiaomi sedia popular dikalangan ramai pengguna sebagai pengeluar telefon pintar pada harga yang rendah. Selain telefon pintar, pada tahun ini mereka turut telah menawarkan beberapa peranti memfokuskan kepada rumah pintar, dan kini sebuah ura-ura baru hadir mengatakan Xiaomi mungkin hadir dengan komputer riba mereka tersendiri.

Xiaomi Laptop

Ura-ura berkaitan komputer riba daripada Xiaomi bukanlah sesuatu yang baru, dimana ia turut pernah diperkatakan pada tahun 2013 yang lepas. Tetapi tiada yang diperkenalkan oleh Xiaomi sehingga ke hari ini.

Ia dikatakan akan membawakan skrin bersaiz 15-inci dengan paparan 1080p, menggunakan Intel Haswell i7, memori sebanyak 16GB, dan dikatakan akan menjalankan sebuah sistem operasi khusus daripada Xiaomi berasaskan kepada Linux. Komputer riba daripada Xiaomi ini turut dikatakan akan mengambil inspirasi produk Apple untuk rekaannya.

Dari segi harga, ia dikatakan mungkin berharga sekitar 2999 Yuan (~RM1686), yang mana boleh dikatakan amat murah untuk komputer riba berasaskan kepada Intel Core i7.


TIPS & ULASAN