Airbnb merupakan salah satu perkhidmatan yang membolehkan pengguna menyewa ruangan bilik tidak terpakai di rumah kepada pengguna lain, dan menjana wang tambahan melaluinya. Di Malaysia, ramai pengguna yang menggunakannya, terutamanya ketika ingin bercuti atau bekerja diluar kawasan.
Kini, dengan bencana banjir yang menimpa beberapa negeri di Malaysia, pihak AirBNB turut telah menyediakan sebuah halaman khusus untuk bencana banjir, membolehkan orang ramai menyenaraikan bilik atau rumah untuk disewa secara percuma – sekaligus membolehkan mereka yang terlibat dengan bencana banjir untuk menyewanya.
Pihak AirBNB turut tidak mengambil sebarang caj perkhidmatan bagi mereka yang menyenaraikan tempat tinggal secara percuma – antara 29 Disember sehingga 12 Januari 2015 ini.
Usaha ini juga turut dijangka akan mengurangkan sedikit beban yang dihadapi oleh mangsa banjir, disamping pada masa yang sama membolehkan mereka berteduh dikawasan yang lebih baik sementara menunggu air banjir surut. Bagi anda yang mempunyai tempat tinggal tambahan, mungkin anda juga turut boleh menyenaraikan ia di Airbnb dan membantu mereka yang memerlukan.