Cari @ Amanz

Dengan bencana banjir yang melanda Kelantan, Terengganu dan juga Pahang, kini pihak Celcom menawarkan panggilan percuma selama 200 minit dan juga 200 SMS percuma bagi para pelanggan mereka di Kelantan, Terengganu dan juga Pahang. Panggilan dan SMS percuma ini terhad kepada dari nombor Celcom ke nombor Celcom yang lain sahaja.

Celcom menawarkan perkhidmatan ini bagi para pelanggan mereka yang telah sedia mendaftar dan menggunakan perkhidmatan Celcom menggunakan alamat pendaftaran di Kelantan, Terengganu dan juga Pahang.

Celcom turut mengatakan panggilan dan SMS ini boleh digunakan para pelanggan mereka di negeri tersebut antara hari ini sehingga 31 Disember 2014 ini. Syarikat telekomunikasi yang sinonim dengan warna biru ini juga dilihat telah menghantar SMS promosi ini kepada para pelanggan mereka yang terlibat.

Pada masa yang sama, pihak Celcom turut mengatakan sebanyak 315 tapak pemancar terkesan dengan banjir ini, dimana 202 di Kelantan, 105 di Pahang, 5 di Terengganu dan 3 di Perak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd