Peranti Baru Daripada Xiaomi Akan Diperkenalkan Pada Bulan Januari 2015 Ini

Peranti Baru Daripada Xiaomi Akan Diperkenalkan Pada Bulan Januari 2015 Ini

Diterbitkan pada Dis 29, 2014 oleh .

Xiaomi hari ini telah mengumumkan penerimaan suntikan dana sebanyak $1.1 bilion daripada beberapa pelabur. Menariknya, bersama-sama dengan pengumuman tersebut, pihak Xiaomi turut mengatakan mereka akan memperkenalkan peranti flasgship baru mereka pada Januari 2015 kelak.

Apakah peranti baru yang diperkenalkan masih tidak diumumkan secara rasmi. Namun, mengikut desas-desus yang kedengaran akhir-akhir ini, pelbagai laporan hadir mengatakan Xiaomi mungkin akan memperkenalkan Xiaomi Mi5 pada Januari 2015 kelak.

Xiaomi Mi5 dispekulasi akan menyertakan skrin bersaiz 5.7-inci, Snapdragon 810, dan mungkin menyertakan kamera belakang 20.7-megapixel. Ia turut dijangka membawakan kemaskini dari segi rekabentuk berbanding Mi4 sebelum ini.

Pengenalan peranti flagship baru ini boleh dikatakan agak pantas, apatah lagi dengan Mi4 yang masih belum memasuki pasaran tempatan secara rasminya buat masa ini.

Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah yang bakal diumumkan oleh pengeluar peranti dari China ini pada bulan hadapan.


TIPS & ULASAN