Yahoo! Directory merupakan salah satu direktori terawal dalam arena web, dan pada masa yang sama mencorak Yahoo! pada awalnya. Ia masih menerima kemaskini sehingga awal tahun ini, tetapi seperti beberapa produk Yahoo! yang lain, ia turut telah ditamatkan secara rasminya.
Yahoo! sebelum ini telah sedia mengumumkan yang mana Yahoo! Directory akan ditamatkan pada 31 Disember 2014 ini, tetapi ia dilihat pihak Yahoo! mengambil langkah untuk menamatkannya beberapa hari lebih awal.
Sekiranya pengguna mengakses laman Yahoo! Directory hari ini, ia membawa pengguna ke laman Yahoo! Small Business. Pada bulan September lepas, pihak Yahoo! telah mengatakan para pengiklan akan dinaik-taraf ke perkhidmatan baru. Buat masa ini, pihak Yahoo! masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan penutupan ini.
Selain daripada Yahoo! Directory ini, pihak Yahoo! telah turut sedia mengumumkan yang mana mereka akan menamatkan Yahoo! News Malaysia dan beberapa portal lain yang berkaitan.