Cari @ Amanz

Sudah 5 hari akses kepada PlayStation Network (PSN) terganggu berikutan apa yang dikatakan sebagai godaman bagi menguji tahap sekuriti rangkaian tersebut. Bukan sahaja PSN terganggu, malahan akses kepada rangkaian XBox Live turut terganggu. Perkara sebegini semestinya menyusahkan mereka yang ingin bermain permainan dengan rakan-rakan.

Sony melalui kenyataan rasmi dan juga halaman rasmi mereka mengatakan rangkaian PSN sudah boleh diakses namun masih ramai yang menghadapi masalah dalam mengaksesnya. Salah seorang pengguna PSN kelmarin berkongsi video mengenai langkah yang boleh dicuba bagi mengakses rangkaian PSN. Video diatas menunjukkan dengan mengubah tetapan kepada sambungan internet, ia boleh dilakukan dengan cara

  1. Pergi ke [Settings]
  2. Pilih tetapan [Network]
  3. Sama ada WiFi atau kabel LAN, pilih [Custom]
  4. Anda boleh menukar tetapan DNS sekiranya mahu. Dalam video diatas, pengguna tersebut menukarnya kepada Google DNS (8.8.8.8)
  5. PALING PENTING: Tukar nilai MTU kepada “1473”
  6. Simpan tetapan tersebut
  7. Cuba masuk ke rangkaian PSN.

Kami telah mencuba langkah tersebut termasuklah menukar tetapan DNS dan ianya berhasil. Selamat mencuba.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd