Moment – Pantau Masa Penggunaan iPhone Anda Setiap Hari, Elakkan Menggunakan iPhone Ketika Bersama Keluarga

Moment – Pantau Masa Penggunaan iPhone Anda Setiap Hari, Elakkan Menggunakan iPhone Ketika Bersama Keluarga

Diterbitkan pada Dis 30, 2014 oleh .

Terdapat beberapa aplikasi dipasaran hari ini yang memudahkan anda memantau masa penggunaan dan aktiviti pada peranti mudah-alih anda. Terkini, salah satu aplikasi baru yang ditemui kami untuk pengguna iPhone adalah aplikasi Moment yang ditawarkan secara percuma, dan turut hadir dengan beberapa ciri-ciri menarik.

Moment membolehkan pengguna mengetahui berapa lamakah masa yang dihabiskan oleh mereka pada iPhone mereka pada sesuatu hari. Anda juga boleh meletakkan had masa penggunaan maksima, dan memantau penggunaan anda.

Salah satu fungsi menarik yang turut disertakan pada aplikasi ini adalah dimana anda boleh menambah akaun ahli keluarga anda, dan anda turut boleh memantau masa penggunaan mereka.

Moment 2.0 iPhone

Seseorang ahli keluarga turut boleh mengaktifkan “Dinner Time”, dimana melaluinya tiada sesiapa ahli keluarga yang boleh mengakses peranti mereka. Jika mereka mengaksesnya, ia akan mengeluarkan bunyi yang kuat, sekaligus didengar oleh orang-orang berdekatan.

Pembangun Moment inginkan pengguna untuk menghabiskan lebih banyak masa berkualiti bersama keluarga dan rakan-rakan dan bukannya dengan melihat skrin telefon pintar sahaja.

Buat masa ini Moment hanya ditawarkan untuk iPad dan iPhone. Melalui laman rasmi mereka, pembangunnya sedang melakukan bancian untuk pengguna Android sekiranya berminat untuk mendapatkan aplikasi berkenaan di Android.

Muat-Turun Moment untuk iPhone


TIPS & ULASAN