BlackBerry Classic Berharga RM1588 – Celcom Memulakan Pendaftaran Minat

BlackBerry Classic Berharga RM1588 – Celcom Memulakan Pendaftaran Minat

Diterbitkan pada Dis 30, 2014 oleh .

BlackBerry Malaysia sedia mengatakan BlackBerry Classic akan hadir ke pasaran Malaysia pada awal 2015 kelak, dan hari ini pihak Celcom telah pun memulakan pendaftaran minat untuk peranti berkenaan. Bersama-sama pendaftaran minat, pihak Celcom turut mendedahkan yang mana BlackBerry Classic akan berharga RM1588 di Malaysia.

BlackBerry Classic

BlackBerry Classic

BlackBerry Classic

BlackBerry Classic merupakan telefon pintar terbaru daripada pihak BlackBerry, dimana ia membawakan rekaan seumpama Bold 9900 sebelum ini. Ia turut menjadi telefon pintar BlackBerry berasaskan BB10 OS yang dilengkapi trackpad.

Dari segi spesifikasi, ia membawakan skrin sentuh bersaiz 3.5-inci, papan kekunci QWERTY, cip pemprosesan Snapdragon S4 Plus, memori 2GB RAM, kamera belakang 8-megapixel dan kamera hadapan 2-megapixel. Peranti ini turut dilengkapi dengan sokongan rangkaian LTE padanya.

Jadi, pada harga RM1588, adakah anda akan minat untuk mendapatkannya?


TIPS & ULASAN