Keluarga Peranti Samsung Galaxy A Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 8 Januari 2015

Keluarga Peranti Samsung Galaxy A Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 8 Januari 2015

Diterbitkan pada Dis 30, 2014 oleh .

Samsung Malaysia hari ini telah mula menghantar jemputan media untuk pelancaran peranti baru dibawah keluarga Galaxy A. Buat masa ini, Galaxy A3 dan Galaxy A5 telah sedia diumumkan oleh Samsung, dan mungkin kita akan dapat melihat ia dilancarkan pada acara berkenaan.

Samsung Galaxy A

Galaxy A5 merupakan peranti dengan skrin bersaiz 5-inci HD Super AMOLED, dilengkapi cip pemprosesan empat-teras 1.2Ghz, kamera belakang 13-megapixel, kamera hadapan 5-megapixel, memori 2GB RAM dan ruangan storan 16GB. Galaxy A3 pula membawakan cip pemprosesan lebih kurang sama, tetapi menyertakan skrin 4.5-inci qHD Super AMOLED, kamera belakang 8-megapixel, kamera hadapan 5-megapixel dan memori 1GB RAM.

Menjadi fokus utama kedua-dua peranti ini adalah binaan yang premium, menggunakan bingkai berasaskan logam lebih kurang sama seperti Galaxy Alpha sebelum ini.

Harga dan penawaran peranti ini dijangka akan diumumkan secara rasmi pada 8 Januari kelak. Kami akan membawakan pandang pertama untuk Galaxy A5 dalam masa terdekat ini.


TIPS & ULASAN