Telekom Malaysia hari ini secara rasminya mengumumkan yang mana mereka telah menerima tender untuk membangunkan sistem kabel dasar laut baru yang dikenali dengan nama Sistem Kabel Rakyat 1Malaysia. Sistem kabel ini akan menghubungkan Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak, dan sepanjang lebih kurang 3500 kilometer.
Sistem Kabel Rakyat 1Malaysia (SKR1M) ini turut dikatakan akan membawakan kapasiti 4 Terabit sesaat (Tbps), dan dikatakan akan membolehkan pembangunan dan komunikasi jalur-lebar antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Ia dikatakan sistem kabel ini direka untuk menyediakan prasarana transmisi yang boleh dinaik-taraf dengan menggunakan teknologi 100Gbps yang terkini. Pengenalan kabel ini juga turut dijangka bakal mengurangkan kesesakan trafik antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, disamping pada masa yang sama membawa kepada pertumbuhan pembangunan kandungan dan aplikasi berasaskan internet.
Sistem kabel SKR1M ini dijangka akan mula beroperasi menjelang pertengahan tahun 2017 kelak.