Cari @ Amanz

Samsung sedia menarik diri daripada menjual komputer riba di beberapa pasaran dunia, termasuk Asia Tenggara. Namun ia tidak menghentikan mereka untuk hadir dengan komputer riba versi baru. Terkini, mereka telah pun mengumumkan secara rasmi Ativ Book 9 versi 2015 yang hadir dengan rekaan lebih nipis serta beberapa kemaskini spesifikasi.

Samsung ATIV Book 9

Samsung Ativ Book 9 (2015) ini hadir dengan skrin bersaiz 12.2inci dengan resolusi pada 2560×1600 pixel. Skrin yang digunakan Samsung untuk komputer riba ini juga amat terang, dimana pengguna boleh mengaktifkan mod penggunaan di cahaya luar, dan ia akan dipertingkatkan kepada 700 nits.

Untuk pemprosesan, ia menggunakan cip Intel Core M, dan ia turut dilengkapi memori sebanyak 4GB RAM, serta 128GB SSD untuk versi asas, selain turut hadir dengan pilihan 8GB RAM dan 256GB SSD.

Samsung turut menyertakan beberapa fungsi khusus pada komputer riba nipis mereka ini, dimana salah satunya adalah Privacy Filter yang menambah kesan lutsinar pada tetingkap di skrin untuk menyukarkan orang yang lalu atau berada sekitar anda untuk membaca apa yang dipaparkan di skrin. Disamping itu, pengguna turut boleh mengawal webcam dan mikrofon melalui butang didedikasikan yang boleh mematikannya pada tahap hardware.

Komputer riba daripada Samsung ini juga turut menyertakan beberapa ciri-ciri tambahan dari segi audio, dan dikatakan menawarkan masa penggunaan bateri selama 10.5 jam lamanya dengan setiap pengencasan penuh.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd