Cari @ Amanz

Steve Jobs sebelum ini tidak menyukai stylus, terutamanya ketika pengenalan iPhone dimana beliau mengatakan ia boleh mudah hilang dan sebagainya, sekaligus mempromosikan iPhone dengan penggunaan jari melalui sokongan multi-touch. Kini, dengan era Steve Jobs yang telah tamat, dan dibawah Tim Cook, mungkin sedikit perubahan berlaku. Terkini, pihak Apple dilihat telah menerima paten hak cipta untuk penggunaan stylus bersama-sama peranti mereka.

Walaupun ia tidak begitu relevan untuk pengguna iPhone, namun ia mungkin agak berguna untuk pengguna iPad – terutamanya yang menggunakan iPad untuk tujuan perusahaan ataupun lakaran. Apatah lagi dengan pihak Apple yang sedia bekerjasama dengan IBM untuk perusahaan – selain desas-desus berkaitan iPad Pro.

Melalui paten yang diterima oleh Apple ini, ia menyatakan akan mengintegrasikan beberapa sensor dan hadir dengan keupayaan untuk menghantar data secara tanpa wayar ke peranti. Stylus berkenaan akan mengenal-pasti apabila ia diambil dan digunkan untuk menulis atau melakar, seterusnya menghantar data terus ke peranti pemilik. Jadi, apa sahaja yang anda lakarkan atau tulis menggunakan stylus berkenaan akan turut di sync ke peranti anda – yang mana mungkin amat sesuai untuk mereka yang terlibat dengan perniagaan dan menghadiri pelbagai mesyuarat harian.

Apple Stylus

Paten yang sama juga turut menyatakan yang mana stylus berkenaan boleh diubah matanya dan digunakan untuk menulis pada permukaan berbeza.

Apa pun, seperti biasa, pendaftaran paten tidak menandakan sebarang teknologi berkenaan diintegrasikan pada produk akhir mereka. Namun, ia sesuatu yang menarik untuk dilihat jika dijayakan – apatah lagi akan mengutungkan pengguna perusahaan ataupun pelajar dalam mencatat dan menyimpan nota mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd