Cari @ Amanz

Energizer ialah jenama yang memang sinonim dengan bateri berketahanan tinggi dan iklan menggunakan arnab. Pada tahun 2015 jenama ini mungkin akan juga dikenali sebagai pengeluar telefon pintar.  Mereka akan bekerjasama dengan syarikat DDM untuk menghasilkan empat peranti pintar pada CES minggu hadapan. Keempat-empat peranti ini akan mempunyai kemampuan kalis air dan debu serta tahan lasak. Di samping itu ia juga bakal mempunyai jangka hayat bateri yang panjang berbanding peranti lain di pasaran. Ini adalah bertepatan dengan imej bateri Energizer yang tahan lebih lama dari biasa. Tiada maklumat mengenai spesifikasi peranti ataupun sistem operasi yang bakal digunakan. Hanya sebuah gambar diperlihatkan setakat ini. Nantikan kemunculan peranti Energizer tahun hadapan.

nexus2cee_energizer_thumb-640x603

 

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd