CityHome : Rumah Pintar Dikawal Dengan Pergerakan Tangan

CityHome : Rumah Pintar Dikawal Dengan Pergerakan Tangan

Diterbitkan pada Dis 31, 2014 oleh .

Pemintaran rumah ialah idea yang sudah wujud sejak 1980an lagi. Kami masih ingat menonton siri TV Beyond 2000 yang menunjukkan rumah pintar yang boleh mengawal suhu, penggunaan elektrik dan bercakap dengan penghuni pada tahun 1988. Kami cukup teruja melihat rumah masa depan berteknologi tinggi yang akan wujud dalam masa terdekat. Kini sudah tahun 2014 tetapi konsep rumah pintar dekad 80an yang ditonton masih lagi belum digunakan secara meluas dan terhad kepada golongan kaya sahaja.

JEDI cityhome

CityHome ialah sebuah lagi konsep rumah masa hadapan yang boleh dikawal dengan menggunakan pergerakan tangan. Ianya dibangunkan oleh MIT Media Lab dengan ruangan kecil yang boleh berubah konfigurasi dalamannya dengan kawalan tangan. Ruang kecil sebuah apartmen seluas 840 kaki persegi boleh dibesarkan sebanyak tiga kali ganda dengan penggunaan perabot yang boleh berubah. Dengan penggunaan teknologi ini, katil boleh disorokkan ketika tidak digunakan dan ruang yang sama digunakan sebagai pejabat pada waktu siang. Proses menggerakkan dan menyimpan perabot dilakukan sepenuhnya hanya dengan pergerakan tangan. Sensor yang dipasang di dalam CityHome membaca arahan pergerakan tangan penghuni dan menggerakkan perabot secara automatik. Selain perabot setiap lampu di dalam rumah ini juga dikawal sepenuhnya menggunakan teknik yang sama. Sebuah konsep yang menarik kerana boleh menjadikan idaman anda mengawal perabot seperti seorang kesatria Jedi menjadi realiti.


TIPS & ULASAN