Cari @ Amanz

Asus hari ini secara rasminya memperkenalkan keluarga telefon pintar generasi baru dibawah keluarga Zenfone, dipanggil sebagai Zenfone 2. Seperti versi pertama, ia akan hadir dengan beberapa variasi, termasuk salah satunya menyertakan memori sehingga 4GB RAM.

Asus Zenfone 2

Asus Zenfone 2

Asus Zenfone 2

Asus Zenfone 2 mengekalkan rekaan ikonik Asus, dan dilengkapi dengan cip pemprosesan terbaru daripada Intel, dan skrin bersaiz 5.5-inci. Peranti ini turut dilengkapi dengan teknologi PixelMaster daripada Asus, dimana ia disertakan pada kamera hadapan 5-megapixel, dan juga kamera belakang 13-megapixel.

Asus turut melengkapkan peranti ini dengan sokongan pengecasan pantas lebih kurang seperti pelbagai peranti flagship yang lain, dan turut menggunakan Android 5.0. Asus menyertakan antaramuka khusus mereka ZenUI, dimana versi baru hadir dengan beberapa perkara baru. Salah satu perkara yagn disertakan pada ZenUI kini adalah sokongan gesture, membolehkan anda dwi-tap pada butang tengah untuk menjadikan ia mesra digunakan sebelah tangan.

Asus Zenfone 2

Asus Zenfone 2

Asus Zenfone 2

Asus Zenfone 2

Asus Zenfone 2

Asus Zenfone 2

ZenUI baru ini juga lebih memberikan pilihan kepada pengguna, seperti membolehkan pengguna mengubah tema, ikon, gambar latar dan sebagainya. Dua mod tambahan turut disertakan, iaitu Kids Mode untuk digunakan oleh anak-anak atau adik anda, dan juga mod untuk perusahaan yang melindungi pelbagai data syarikat anda dan mengasingkannya daripada data peribadi.

Asus Zenfone 2 ini hadir dengan sokongan dwi-SIM, dimana kedua-duanya aktif, serta menyokong rangkaian 4G LTE. Pihak Asus turut dilihat akan menyertakan beberapa variasi untuk peranti ini, termasuk salah satunya menyertakan memori sebanyak 2GB RAM.

Peranti ini akan dipasarkan bermula bulan Mac 2015 ini pada harga bermula $199 (~RM700)

Asus Zenfone 2

Asus Zenfone 2

Asus Zenfone 2

Asus Zenfone 2

Asus Zenfone 2

Asus Zenfone 2

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd