Cari @ Amanz

Nand-Logic-2

Malaysia ialah negara yang kaya dengan kemalangan. Negara kita kini ditembat ke 20 dalam senarai jumlah kemalangan tahunan terbanyak di dunia dan 60% kemalangan membabitkan motosikal. Setiap hari dianggarkan 18 individu akan meninggal dunia di atas jalan raya negara. Pelbagai perkara dipersalahkan seperti jalan raya kurang baik dan cuaca. Tetapi kami rasakan cara rakyat Malaysia memandu adalah sebab utama mengapa kemalangan berlaku pada kadar yang tinggi. Kepada penunggang motosikal kami ada berita baik untuk anda. Kini terdapat sebuah topi keledar pintar yang dapat meningkatkan keselamatan anda ketika menunggang. Topi Keledar Nand Logic ialah mempunyai lampu brek, lampu isyarat membelok serta sistem kamera terbina. Terdapat juga fon kepada terbina bagi membolehkan anda menstrim muzik atapun arahan aplikasi GPS dari peranti pintar ketika menunggang. Apabila ia mengesan cuaca panas sistem pengudaraan akan diaktifkan dengan serta merta. Dengan bantuan aplikasi ia turut dikatakan boleh mengesan bahaya sebelum ianya berlaku dan memberikan amaran kepada penunggang. Nand Logic masih lagi di dalam peringkat percubaan dan harga jualan dianggarkan sekitar $500 sebuah.

Nand-Logic

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd