Cari @ Amanz

Samsung Malaysia pada minggu lepas telah pun memperlihatkan Galaxy A7 di Malaysia, dan hari ini Samsung Electronics secara rasminya memperkenalkan peranti tersebut. Seperti semua sedia maklum, ia membawakan rekaan bingkai berasaskan logam yang fokus utama pada keluarga Galaxy A.

Melalui Galaxy A7, pihak Samsung memfokuskan kepada penawaran skrin bersaiz lebih besar, dan pada masa yang sama menawarkan pemprosesan yang lebih laju.

Samsung Galaxy A7

Samsung Galaxy A7 menggunakan cip pemprosesan lapan teras (gabungan dua pemprosesan empat-teras), memori 2GB RAM, skrin bersaiz 5.5-inci HD Super AMOLED, dan juga bateri berkapasiti 2600mAh. Untuk rakaman gambar, Samsung melengkapkan Galaxy A dengan kamera 13-megapixel, dan juga kamera hadapan 5-megapixel. Telefon pintar ini turut hadir dengan sokongan rangkaian LTE.

Beberapa fungsi khusus turut disertakan pada peranti berasaskan Android 4.4 KitKat ini, dimana ia membawakan beberapa fungsi khusus untuk selfie, dan turut hadir dengan sokongan mengubah tema.

Telefon pintar ini bakal dilancarkan dan dijual di Malaysia pada bulan Februari, dan harga jualannya dijangka sekitar RM1499.

Samsung Galaxy A7

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd