Cari @ Amanz

HTC telah pun sedia menjadualkan acara pelancaran produk baru mereka pada 1 Mac 2015 ini, dan pelbagai info berkenaan dengannya telah pun sedia tertiris sejak beberapa bulan lepas. Kini, salah seorang perekabentuk hadir dengan rekaan konsep, memperlihatkan kemungkinan rekaan untuk peranti HTC One M9 tersebut kelak.

HTC One Hima

HTC One Hima

Mengikut ura-ura sebelum ini, ia telah dikatakan HTC One M9 membawakan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan HD penuh, dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon terkini, dan menggunakan memori 3GB RAM. Peranti ini turut dikatakan akan menggunakan kamera hadapan 13-megapixel seumpama HTC Desire EYE, selain kamera belakang 20.7-megapixel.

Seperti biasa, rekaan akhir ini mungkin tidak sama dengan peranti akhir yang bakal diumumkan oleh HTC kelak. Tetapi seperti biasa, ia agak menarik untuk melihat rekaan konsep menarik hadir daripada perekabentuk bebas.

Jadi, apa kata anda berkenaan rekaan konsep ini?

HTC One Hima

HTC One Hima

HTC One Hima

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd