Cari @ Amanz

HTC terkenal dengan penawaran telefon pintar mereka sebelum ini, dan pada tahun 2014 yang lepas, mereka telah menambah penawaran kamera dinamakan sebagai HTC Re Camera. Berkongsi lanjut mengenainya, pihak HTC turut mengatakan mereka akan memperluaskan penawaran mereka kepada beberapa kategori baru lain pada tahun ini.

HTC 2015

HTC 2015

Selain daripada telefon pintar, HTC mengatakan mereka akan memfokuskan kepada empat penawaran lain, memfokuskan kepada Connected Life, Connected Self, Connected Entertainment dan juga Connected Home. HTC Re Camera dilihat dikategorikan dibawah Connected Life, dan ia sesuatu yang menarik untuk melihat apakah pihak HTC akan hadir dengan beberapa kategori yang lain ini.

Pihak HTC tidak berkongsi sebarang info berkenaan bilakah produk-produk baru ini akan diperkenalkan. Dengan acara Mobile World Congress yang dijadualkan pada minggu hadapan, mungkin kita akan mendengar sesuatu daripada HTC ketika itu.

Bagi anda, apakah antara produk baru dibawah kategori baru yang akan diperkenalkan oleh HTC kelak?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd