Cari @ Amanz

DiGi dan Opera sebelum ini pernah bekerjasama untuk penawaran perkhidmatan pelayaran web melalui Opera Mini. Kini, mereka memperluaskannya dengan menawarkan perkhidmatan baru melalui Opera Max.

Opera Max merupakan salah satu aplikasi Android yang memfokuskan kepada penjimatan data. Menggunakannya pengguna boleh menjimatkan penggunaan data. Pelayar web berkenaan membuat compression untuk data seperti gambar dan video sebelum memperlihatkan kepada anda, sekaligus menggunakan kuantiti data yang lebih sedikit berbanding kebiasaan.

Opera Max

Melalui kemaskini baru kepada Opera Max ini, ia membolehkan syarikat telekomunikasi turut menawarkan pas pelayaran percuma untuk beberapa aplikasi, sekaligus membolehkan lebih ramai melayari web pada kos rendah. Pengenalan ini juga membolehkan lebih ramai mencuba beberapa aplikasi yang sebelum ini tidak dicuba mereka disebabkan oleh kekangan akses data atau kerana tiada langganan data.

Daripada penawaran yang diperlihatkan Digi, mereka menawarkan akses Twitter dan Instagram percuma untuk sehari, selain akses ke YouTube selama sejam secara percuma.

Buat masa ini, kami belum berpeluang mencubanya lagi. Tetapi jika anda merupakan pelanggan DiGi, anda boleh mencuba sendiri aplikasi ini pada pelayar web Android anda – sekaligus membolehkan anda menikmati beberapa kelebihan yang dibawa selain pada masa yang sama turut menjimatkan penggunaan data.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd