Cari @ Amanz

Bersempena dengan Mobile World Congress 2015 hari ini, pihak Microsoft mengambil pentas utama dan telah pun melancarkan telefon pintar Windows Phone terbaru daripada mereka, iaitu Lumia 640.

Lumia 640

Lumia 640 hadir dengan Windows Phone 8.1, tetapi Microsoft mengatakan ia akan menyokong Windows 10 apabila ia dilancarkan kelak.

Lumia 640 hadir dengan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan HD, dilengkapi bateri berkapasiti 2500mAh untuk digunakan sepanjang hari, dan dilengkapi kamera belakang 8-megapixel. Microsoft turut menawarkan peranti ini dalam pilihan satu SIM atau dwi-SIM, dan turut hadir dalam pilihan 3G, LTE atau dwi-LTE.

Selain daripada Lumia 640, pihak Microsoft turut memperkenalkan variasi peranti berkenaan dengan skrin sedikit besar dinamakan Lumia 640 XL – bersaiz 5.7-inci, dilengkapi bateri berkapasiti 3000mAh, dan kamera belakang 13-megapixel, serta hadir dengan sokongan kamera belakang dengan LED Flash.

Telefon pintar Lumia 640 dan Lumia 640 XL ini bakal dipasarkan bermula bulan April kelak, dan akan diperkenalkan di pelbagai negara secara berperingkat. Peranti ini turut akan dilengkapkan dengan aplikasi pejabat Office, selain turut hadir dengan masa panggilan percuma Skype, dan ruangan storan 1TB melalui OneDrive.

Microsoft MWC 2015

Microsoft MWC 2015

Microsoft MWC 2015

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd