Cari @ Amanz

Sekiranya banyak pengeluar yang mengadakan acara khusus di Mobile World Congress 2015, terdapat juga pengeluar yang tidak mengadakan sebarang hebahan, namun mempamerkannya. Alcatel di reruainya turut mempamerkan dua produk baru dan salah satunya adalah Alcatel One Touch Idol 3.

Alcatel One Touch Idol 3 (4.7-inci / 5.5-inci)
Skrin 4.7-inci 1280 x 720 / 5.5-inci 1920 x 1080
Pemproses 1.2GHz Quad-Core / 1.5GHz Octa-core 64-bit
Memori 1GB RAM / 2GB RAM
Storan 16GB / 32GB + kad mikro-SD
Kamera Utama / Depan 13-MP
Kamera Depan 5-MP / 8MP
Bateri 2000 mAh / 2910 mAh

Dari segi spesifikasi, terdapat dua variasi saiz yang ditawarkan oleh Alcatel. Versi pertama yang kecil mempunyai paparan bersaiz 4.7-inci 1280 x 720, cip pemprosesan Snapdragon 410 1.2GHz empat-teras dan memori 1GB RAM. Ia mempunyai kapasiti storan 16GB dan boleh ditambah dengan kad Mikro-SD serta mempunyai bateri berkapasiti 2000mAh. Versi ini juga mempunyai kamera utama yang sama dengan versi phablet, dengan sensor 13MP namun mempunyai kamera hadapan 5MP sahaja.

Bagi versi phablet, ia mempunyai skrin 5.5-inci dengan resolusi 1920 x 1080, cip pemprosesan Snapdragon 615 1.5GHz lapan-teras 64-bit dengan memori sebanyak 2GB RAM, dan mempunyai storan sebesar 32GB yang boleh ditambah dengan kad Mikro-SD. Kamera utamanya mempunyai sensor sebesar 13MP namun kamera hadapannya lebih bagus dari versi kecil, mempunyai sensor 8MP. Dari segi bateri, ia menggunakan bateri berkapasiti 2910 mAh.

Menariknya telefon ini memberikan penggunaan yang unik, dimana terdapat pembesar suara dan mikrofon pada bahagian atas dan bawah telefon pintar ini. Jika kebiasaannya kita perlu memusingkan telefon mengikut orientasi yang betul bagi menjawab telefon, dengan Alcatel One Touch Idol 3 pengguna boleh menjawabnya sama pada kedua-dua bahagian atas dan bawah. Kedua-dua pembesar suara ini juga berfungsi untuk memberikan kualiti bunyi yang lebih baik semasa memainkan media dari telefon pintar ini malah disokong oleh nama besar dalam industri audio iaitu JBL.

[amanz-gallery]

Kedua-dua telefon ini beroperasi menggunakan Android 5.0 Lollipop dan mempunyai paparan antaramuka yang dibangunkan oleh Alcatel sendiri. Terdapat paparan Alcatel One Touch Stream yang menyenaraikan pelbagai maklumat yang boleh dilihat menerusi homescreen dan ia menawarkan sedikit kelainan berbanding sistem paparan antaramuka dari jenama lain.

Kedua-dua telefon ini boleh menggunakan dua kad SIM dan dikatakan versi kecil akan dijual pada harga USD 199 (~RM 738) manakala versi phablet akan dijual pada harga USD 249 (~RM 924). Sekiranya ia dijual pada harga sekitar ini untuk pasaran tempatan, ia sememangnya satu tawaran yang menarik untuk telefon yang agak cantik dan unik.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd