Cari @ Amanz

Jika semalam Huawei telah mengumumkan peranti jam tangan pintar mereka iaitu Huawei Watch, pada hari ini LG telah mempamerkan peranti jam tangan pintar mereka iaitu LG Watch Urbane dan juga LG Watch Urbane versi LTE. LG Watch Urbane merupakan peranti jam tangan pintar yang beroperasi menggunakan Android Wear.

LG Watch Urbane
Pemproses Snapdragon 400 1.2Ghz
Bateri 410 mAh
Muatan Dalaman 4GB
Skrin 1.3-inci P-OLED 320×320 245 ppi
Sensor Pengesan Degupan Jantung
Sistem Operasi Android Wear

Jam tangan pintar LG Watch Urbane ini hadir dengan rekabentuk bulat dengan badan besi sepenuhnya. Badannya juga kalis air dan debu dan boleh dipakai untuk aktiviti lasak. Ia mempunyai paparan skrin 1.3-inci P-OLED dengan resolusi 320×320 245 PPI. Bentuknya setebal 0.4-inci. Dari segi cip pemprosesan, ia dikuasakan oleh cip Snapdragon 400 1.2Ghz.

Antara cip sensor pengesan yang terdapat pada peranti ini termasuklah pengesan degupan jantung, kompas digital, gyroscope dan accelerometer. Jam tangan ini mempunyai kapasiti storan sebesar 4GB dan bateri berkapasiti 410mAh dan boleh beroperasi untuk beberapa hari. Sama seperti jam tangan pintar yang beroperasi menggunakan Android Wear, terdapat fungsi notifikasi, pengecaman arahan suara, integrasi dengan aplikasi kecergasan dan kesihatan dan bermacam lagi yang boleh berhubung dengan Android Wear.

[amanz-gallery]

Dari segi rekabentuk, ia masih seakan-akan jam tangan pintar mereka yang terdahulu iaitu LG G Watch R namun tidak mempunyai bahagian tepi bezel yang klasik. Kemasan aluminium digilap tampak premium, namun ia masih kelihatan tidak mesra bagi wanita yang inginkan jam pintar. Buat masa ini tiada sebarang maklumat bilakah peranti ini akan hadir ke pasaran dan tiada maklumat berkenaan harganya. Mungkin dalam masa beberapa bulan lagi kita bakal dapat mengetahui harganya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd