Cari @ Amanz

MGS-V-launch-date

Penantian untuk permainan Metal Gear Solid V : The Phantom Pain berakhir hari ini dengan pengumuman tarikh pelancarannya hari ini. MGS V akan hadir pada konsol pada 1 September manakala pada platform PC pada 15 September. Hideo Kojima juga turut mengumumkan MGS V akan menjadi permainan terakhir di dalam siri Metal Gear saga. Pengumuman ini pastinya mengejutkan peminat siri permainan yang bermula dari Metal Gear MSX yang dikeluarkan pada tahun 1987. Tetapi peminat janganlah bersedih kerana Kojima pernah mengatakan MGS 4 Guns of Patriots adalah permainan terakhir siri ini sebelum mengumumkan MGS V pada tahun 2012. Kami rasakan sekiranya MGS V mendapat sambutan yang hangat ianya pasti diteruskan. Ini adalah kerana frankais permainan yang ternama seperti MGS jarang sekali dihentikan selagi ianya masih popular.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd