Cari @ Amanz

Huawei pada tahun lepas telah memperkenalkan jenama khusus untuk jualan melalui VMall, iaitu Honor. Sejak daripadanya, beberapa peranti Honor telah diperkenalkan, dan bersempena dengan ulang-tahun pertama Honor di Malaysia, mereka turut melancarkan sebuah lagi peranti khusus untuk pasaran tempatan, dinamakan sebagai Honor 6 Plus.

Honor 6 Plus

Honor 6 Plus

Honor 6 Plus membawakan penambah-baikkan berbanding Honor 6 sebelum ini, hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci HD Penuh LCD dengan Gorilla Glass 3, menggunakan cip pemprosesan Kirin 925 lapan teras daripada Huawei, memori 3GB RAM, serta ruangan storan 32GB. Telefon ini juga mempunyai capaian 4G LTE.

Menjadi fokus utama pada peranti ini adalah dua lensa pada bahagian belakang dengan setiap satunya menggunakan sensor 8-megapixel. Honor mengatakan pengguna boleh merakamkan lebih 60% cahaya berbanding kamera biasa dan boleh merakamkan gambar dalam keadaan yang kurang pencahayaan dengan baik serta berupaya untuk memfokus dengan pantas.

Honor 6 Plus akan dijual di Malaysia bermula esok – 29 April 2015 pada harga RM1399. Seperti biasa, ia akan dijual melalui laman rasmi mereka, VMall.MY.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd