Cari @ Amanz

Maxis hari ini membuat kejutan dengan menambah salah satu penawaran baru daripada mereka, iaitu dengan mula menjual Google Chromecast pada harga RM170. Maxis mengatakan ia boleh didapati daripada Maxis Store terpilih, dan mungkin ia akan diperluaskan secara berperingkat ke semua lokasi.

Maxis Chromecast

Google telah memperkenalkan Google Chromecast pada tahun lepas, membolehkan pengguna memasang Chromecast pada ruangan port HDMI pada televisyen, dan mengawal pelbagai kandungan dengan memainkannya terus daripada telefon pintar atau tablet terus ke kaca televisyen.

Maxis menyenaraikan Chromecast boleh didapati secara eksklusif di Maxis Centres, dan antara lokasi yang boleh ia didapati adalah termasuk di KLCC, KL Sentral, KLIA, Alamanda, Alor Star, BP Mall, Bukit Mertajam, Danga Bay, e@Curve, Gardens, Imago, Ipoh, Kota Bharu, Kuantan, Sibu, Kuala Terengganu, Miri, Pavilion, Prai, Queensbay, Selayang, Seremban City Square, Taiping, Taman Tun, dan juga Warisan Square.

Jadi, pada harga RM170, adakah anda akan mendapatkan Chromecast daripada Maxis?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd