Cari @ Amanz

Microsoft bakal mengadakan acara BUILD 2015 lewat hari ini, dan kini sebuah desas-desus baru hadir yang mungkin mengejutkan orang ramai, dimana berkemungkinan mereka mengumumkan sokongan untuk menjalankan aplikasi Android pada Windows 10.

Windows 10 Phone

Jika ini benar, walaupun ia akan mengembirakan para pengguna – kerana dapat akses kepada pelbagai aplikasi Android untuk digunakan pada telefon berasaskan Windows Phone, namun sebaliknya untuk para pembangun. Microsoft sendiri sedia menekankan kepada aplikasi universal yang dioptimasikan untuk pelbagai saiz skrin sebelum ini, dan jika pengumuman ini hadir, ia mungkin akan mengurangkan motivasi para pembangun untuk terus menerbitkan aplikasi bagi platform berkenaan.

Desas-desus berkaitan dengan sokongan Android pada Windows telah kedengaran sejak beberapa bulan yang lepas, tetapi laporan terkini hadir daripada Paul Thurrott yang merupakan salah seorang penulis yang mempunyai sumber dalaman syarikat yang baik berbanding penulis lain.

Ia tidak diketahui lagi bagaimanakah pihak Windows akan menjayakan sokongan ini, selain memudahkan pengguna lain memuat-turun aplikasi Android. Salah satu syarikat yang menawarkan sokongan aplikasi Android pada platform mereka adalah BlackBerry, dan mereka menjayakannya dengan penyertaan Amazon AppStore pada peranti mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd