Cari @ Amanz

Sejak akhir-akhir ini, Sony dilihat agak aktif dalam memperkenalkan kemaskini Android 5.0 Lollipop pada peranti Xperia mereka. Selepas memperkenalkan kemaskini untuk Xperia Z2 dan Xperia Z3 Compact pada tempoh hari, hari ini mereka telah mula mengedarkan kemaskini Android 5.0 Lollipop kepada pengguna Xperia Z1, Z1 Compact, dan Z Ultra.

Kemaskini terbaru daripada Sony ini hadir dengan perubahan drastik dari segi antaramuka yang kini menggunakan elemen mendatar (flat) berasaskan Material Design. Beberapa perubahan yang dapat disaksikan antaranya pada ruangan notifikasi, quick settings, dan juga lockscreen yang kini menggunakan elemen daripada Android 5.0 Lollipop. Selain itu, kemaskini ini turut memberi pengguna untuk menambah pengguna lain melalui fungsi multi-user, kehadiran fungsi untuk pejabat melalui Android for Work, dan juga pengoptimasian untuk memindah aplikasi ke microSD.

Sony Xperia Lollipop

Sony Xperia Lollipop

Beberapa peranti Sony Xperia lain juga bakal menerima kemaskini ini seperti T2 Ultra dan Xperia C3 yang dijangka diperkenalkan seawal minggu hadapan. Kemaskini Android 5.0 untuk peranti Xperia Z series yang lain seperti Xperia Z, ZL, ZR, dan Tablet Z dijangka bakal menyusul selepas itu.

Bagi pengguna yang mempunyai Xperia Z1, Z1 Compact, atau Z Ultra, anda boleh menyemak kemaskini ini melalui notikasi On-the-Air (OTA) atau boleh menaik-tarafnya menggunakan Sony PC Companion bermula hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd