Cari @ Amanz

Samsung Galaxy S6 Edge edisi Iron Man baru sahaja dilancarkan dan dijual pada harga mesra 1MDB. Jumlah yang terhad kepada 1000 unit sahaja membuatkan harga S6 Edge Iron Man yang pada asalnya sekitar RM 3900 melonjak kepada RM  25 000 di dalam lelongan Ebay. Buat masa ini ia hanya akan dijual si Korea Selatan, Hong Kong dan China.

Iron-Man-iphone

Sekiranya anda seorang pengguna iPhone 6 dan mahukan rekaan peranti yang serupa hari ini ada berita baik untuk anda. Peranti anda boleh diubah untuk kelihatan serupa dengan hanya berbelanja $25. Pembalut Hero Wrap keluaran Slick Wraps akan mengubah warna tubuh peranti anda menjadi warna emas dan merah. Terdapat juga kit yang sama untuk iPhone 6 Plus, Galaxy S6 dan S6 Edge. jadi jangan membazirkan wang anda dengan membeli peranti edisi terhad sekiranya alternatif lebih murah boleh anda perolehi.

 

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd