Cari @ Amanz

Xiaomi-Mii-Note-ProXiaomi Mi Note melepasi pengesahan Sirim bulan lalu dan sedang menanti untuk dijual di pasaran tempatan.  Sementara itu di China Mi Note Pro mula dijual 13 Mei yang lalu. Kini terdapat laporan mengatakan ramai pengguna peranti baru ini melaporkan masalah kepanasan melampau. Kepanasan menyebabkan skrin gagal berfungsi dan ada juga yang mendakwa peranti mereka mengalami masalah pada litar selepas menjadi terlalu panas. Ini pastinya berita buruk bagi pihak Xiaomi dan Qualcomm yang menghasilkan cip pemproses Snapdragon 810 yang digunakan Mi Note Pro.

Masalah pemanasan melampau membabitkan pemproses Snapdragon 810 bukanlah perkara baru. Pada HTC One M9 pihak Qualcomm mengatakan ianya adalah kerana pengoptimasian perisian yang tidak sempurna. Masalah ini menyebabkan Samsung dan HTC menggunakan cip pemproses selain Qualcomm untuk Galaxy S6 and One M9+.  Masalah ini harus ditangani segera oleh Qualcomm and Xiaomi sekiranya ia Mu Note Pro ingin memasuki pasaran tempatan. Cuaca di Malaysia memang sedia panas dan kombinasi masalah pemanasan berlebihan ini pastinya akan menggugat minat orang ramai untuk memilikinya.

 

 

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd